Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 30 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 5:22-33.
Semasa mengingatkan ayat sebelum ini, "taat kepada satu sama lain," baca petikan ini. Minta Tuhan mendedahkan perkara yang perlu anda ubahkan, samada cara anda respons atau berfikir tentang suami anda. Sekiranya anda tidak berkahwin, berdoalah ayat ini demi seorang wanita bersuami kenalan anda. Berdoa juga agar Tuhan menyediakan hati anda dalam hal ini sekiranya Dia memanggil anda berkahwin.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 5:24
"Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus."

MENJIRAM BENIH
Dalam bua kita, konsep taat agak asing. Taat dianggap sebagai tanda kelemahan atau tanda perhambaan. Ia sukar difahami hari ini. Mungkin pada zaman yang lain, di dunia lain, ia diperlukan. Namun ini langsung tidak tepat. Taat merupakan suatu tema di seluruh Alkitab - taat kepada Allah, firmanNya, kepada pastor dan pemimpin, suami, majikan, dan, seperti bacaan kita semalam, seorang kepada yang lain.

Pertimbangkan maksud taat kepada Kristus seluruh hari anda. Ketika anda berbuat demikian, tanya sendiri, akankah anda bercakap dengan Tuhan, atau melayanNya, sama seperti anda melayan orang lain, suami anda, saudara, ataupun ibubapa.

BERBUAH
Taat kepada Kristus dan kepada suami anda.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 29Hari 31

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan