Rumah MinimalisSampel

The Minimalist Home

HARI 1 DARIPADA 5

Kegembiraan Tidak Memiliki Banyak Barang dan Hidup Secara Bermakna

Saya menggelengkan kepala apabila melihat rancangan mengubah rupa rumah di televisyen. Walaupun rumah itu mungkin kelihatan lebih cantik, biasanya pemilik rumah rancangan tersebut mengekalkan jumlah barang mereka, mungkin lebih banyak lagi. Semua barang itu mungkin menghalang mereka daripada menikmati hidup dan tidak menyumbang kepada pencapaian matlamat mereka.

Kebanyakan daripada kita yang memiliki rumah atau pangsapuri menghadapi masalah yang sama. Kita menghabiskan wang yang banyak untuk membeli barang untuk rumah kita—dan menghabiskan masa yang banyak untuk mengatur, membersih, dan menyenggara barang tersebut. Walau bagaimanapun, dalam masa selebihnya yang kita ada untuk menikmati rumah kita, ia tidak rasa seperti tempat yang kita betul-betul ingin diami. Maka, apakah yang harus kita lakukan? Kita memutuskan bahawa kita memerlukan lebih banyak barang lagi atau barang yang lebih baik, dengan penyusunan dan rancangan perhiasan yang berbeza. Apabila kita usahakan sedaya upaya untuk memperbaik tempat tinggal kita, ia . . . ia menjadi lebih baik dari beberapa segi, tetapi masih tidak memuaskan atau memberikan kesan yang kekal. 

Bagaimana kalau masalahnya bukanlah kita tidak memiliki barang yang mencukupi ataupun kita tidak menguruskan barang kita dengan cukup baik? Bagaimana kalau masalahnya ialah kita hidup di rumah yang disyorkan oleh pengiklan dan penjual dan bukannya rumah yang betul-betul kita inginkan dan perlukan? 

Saya ingin mencadangkan bahawa apa yang diperlukan oleh sebahagian besar daripada kita jika kita ingin menjalankan hidup yang lebih memuaskan ialah perubahan rupa rumah yang bersifat minimalis. Seperti yang dinyatakan oleh Injil Lukas, harta kita tidak mungkin memberikan kita hidup (Lukas 12:15).

Relakah anda menerokai idea bahawa ada sukacita yang besar dalam memiliki barang yang sedikit berbanding dengan memiliki lebih banyak? Saya berharap anda rela, kerana saya tahu daripada pengalaman saya yang bertahun-tahun bahawa dengan menyingkirkan barang yang berlebihan dari setiap bilik, anda boleh mengubah rumah anda supaya anda bukan sahaja dibebaskan daripada tekanan keadaan berserak malah bebas untuk menjalankan hidup yang tertumpu pada mengikuti panggilan Allah, hidup yang bebas untuk mengasihi dan melayani orang lain seperti yang diharapkan oleh Allah.

Bilakah keasyikan terhadap sesuatu menghalang anda daripada melayani orang lain?

Hari 2

Perihal Pelan

The Minimalist Home

Penulis Joshua Becker memerhatikan sesuatu yang indah berlaku apabila orang mengurangkan kuantiti milikan mereka—dalam proses itu, mereka turut berubah. Walaupun renungan ini berkenaan dengan mengurangkan milikan anda, anda akan menyedari bahawa memiliki milikan yang kurang bermaksud mengubah diri anda juga! Semasa anda mengurangkan jumlah milikan anda, anda akan berasa kagum bagaimana iman anda, perasaan tujuan anda, dan kemurahan hati anda akan berlimpah-ruah.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/250883/the-minimalist-home-by-joshua-becker/

Pelan yang Berkaitan