Rumah MinimalisSampel
Berbuah
Kehidupan minimalis ialah kehidupan yang mara ke arah misi. Misi itu bolehlah "besar"—berani, tampak, menarik perhatian. Namun, ia tidak semestinya besar. Perkara yang kelihatan "kecil" boleh mendatangkan kesan yang besar juga jika anda melakukannya dengan penuh kasih dan kerendahan hati.
Sekiranya kita memberikan perhatian penuh, kita akan melihat puncak yang lebih tinggi sekilas di kejauhan—puncak yang mungkin tidak kelihatan semasa kita memulakan perjalanan minimalisme. Ia merupakan tujuan yang melewati kita. Tujuan yang lebih besar daripada kita. Tujuan yang sewajar dengan kehidupan yang telah diberikan kepada kita.
Bagi sesetengah orang, tujuan ini tertumpu pada keluarga mereka: pasangan, anak, ibu bapa mereka, atau saudara-mara yang lain.
Bagi yang lain pula, tujuan ini mungkinlah sesuatu perjuangan yang khusus: orang gelandangan, alam sekitar, haiwan, kanak-kanak, orang kurang upaya, atau sesuatu yang lain.
Ada sesetengah orang pula mendapati kerjaya atau pekerjaan mereka lebih bermakna dengan melayani orang lain dan bukan mencari nafkah semata-mata.
Allah telah menetapkan satu peranan bagi setiap orang dalam pembinaan kerajaan-Nya. Apakah semangat yang membara dalam anda? Apakah peluang yang wujud? Apakah keperluan yang dapat dipenuhi oleh anda?
Nikmatilah ganjaran peribadi meminimumkan rumah anda. Walau bagaimanapun, pergi lebih lanjut untuk mencari tujuan dan menghubungkan diri kepada tujuan yang melebihi diri anda.
Sebagaimana minimalisme menjadikan kita bercanggah dengan cara kita mendekati pemilikan material, ia membezakan kita dari segi pengejaran matlamat kita. Sama ada kita menyemak item pada senarai impian kita (mendaki Gunung Kilimanjaro), beralih kepada gaya hidup yang berbeza (meletak jawatan untuk menjual kraf tangan dalam talian), atau mengetuai perjuangan untuk melayani manusia (membanteras penderaan kanak-kanak), kita tidak melakukannya untuk pujian tetapi kerana ia adalah perkara yang baik.
Saya berharap kita melakukannya sementara menunjukkan sifat baik seperti belas kasihan, kebijaksanaan, hemat, kerendahan hati, keadilan, dan kelucuan. Inilah sifat yang kita dekati semasa kita menolak sifat materialisme yang lebih buruk seperti ketamakan, keinginan memiliki, dan bermegah-megah. Semasa kita bertambah dekat kepada Allah melalui pelepasan barang yang boleh mengalihkan perhatian kita daripada panggilan-Nya, kita mengecam buah Roh dalam hidup kita: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri.
Saya mempercayai bahawa minimalisme akan mengubah segala-galanya bagi anak saya dan bagi banyak orang daripada generasi mereka di seluruh dunia.
Semoga hal yang sama adalah benar bagi anda, bermula hari ini.
Bagaimanakah anda menggambarkan panggilan Allah terhadap hidup anda?
Kitab
Perihal Pelan
Penulis Joshua Becker memerhatikan sesuatu yang indah berlaku apabila orang mengurangkan kuantiti milikan mereka—dalam proses itu, mereka turut berubah. Walaupun renungan ini berkenaan dengan mengurangkan milikan anda, anda akan menyedari bahawa memiliki milikan yang kurang bermaksud mengubah diri anda juga! Semasa anda mengurangkan jumlah milikan anda, anda akan berasa kagum bagaimana iman anda, perasaan tujuan anda, dan kemurahan hati anda akan berlimpah-ruah.
More