Rumah MinimalisSampel

The Minimalist Home

HARI 3 DARIPADA 5

Tujuan Rumah Anda 

Minimalisme mengosongkan ruang fizikal di rumah anda dan pada masa yang sama mengosongkan "ruang minda" anda untuk mengembangkan tujuan rumah anda dan "ruang jiwa" anda agar mendengar suara Allah dengan lebih jelas lagi dalam hidup anda. Pertimbangkan manfaat rumah minimalis berikut:

  • Rumah yang diminimumkan adalah tempat yang lebih baik untuk didiami. Tanpa selerak, anda akan mendapati rumah anda lebih nyaman dan lebih menyenangkan. Ia betul-betul "tempat peristirahatan yang aman" (Yesaya 32:18). Dengan kurang benda yang bersaing untuk mendapatkan perhatian anda, anda berupaya menumpukan perhatian yang lebih pada orang dan aktiviti di dalam rumah yang membawakan sukacita. Melalui peminimuman, anda akan rasa selesa tinggal di sana. Ia akan menjadi tempat yang tenang bagi anda dan kepada orang lain yang memasuki rumah anda.
  • Rumah yang diminimumkan ialah tempat yang lebih baik untuk ditinggalkan. Sesudah anda meminimumkan rumah anda, anda akan membeli kurang barang dan menjimatkan perbelanjaan untuk pembaikan dan penyenggaraan, lalu memberikan anda wang yang lebih banyak di dalam akaun bank yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Lebih penting lagi, disebabkan anda mengurangkan masa dan tenaga untuk membersih, menyusun, dan menjaga harta anda, anda akan memiliki lebih banyak masa dan tenaga untuk bermimpi dan merancang masa depan anda. Dengan sumber tambahan ini, anda akan menjadi lebih bersedia untuk keluar ke dunia ini, sama ada untuk bekerja, berhibur, ataupun pengembaraan yang mengubah hidup. 

Adakah anda melihat betapa dinamiknya konsep rumah itu? Pertama, rumah ialah tempat berselindung selamat untuk berlindung daripada ribut. Rumah jugalah pelabuhan berlepas bila anda sudah bersedia untuk menghadapi laut luas kehidupan sekali lagi. 

Kedua-dua manfaat minimalisme rumah—kepulangan dan pemergian—adalah penting, tetapi manfaat yang kedua membuat saya lebih teruja. Saya tidak pasti tentang anda, tetapi saya lebih mengutamakan kepentingan daripada barang setiap kali. Saya ingin menyumbang lebih daripada mengguna. Semasa kita mewujudkan lebih banyak ruang di sekeliling kita, kita pasti akan mewujudkan lebih banyak ruang di dalam kita yang membolehkan kita untuk mengasihi dan melayani orang lain dalam nama Yesus semasa kita keluar dari rumah kita ke dalam dunia ini.

Bagaimanakah memiliki tempat yang tenang untuk berehat melengkapkan kita untuk mengasihi orang lain dengan lebih baik? Apakah satu perkara yang anda boleh singkirkan sekarang ini untuk menjadikan rumah anda lebih nyaman? 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Minimalist Home

Penulis Joshua Becker memerhatikan sesuatu yang indah berlaku apabila orang mengurangkan kuantiti milikan mereka—dalam proses itu, mereka turut berubah. Walaupun renungan ini berkenaan dengan mengurangkan milikan anda, anda akan menyedari bahawa memiliki milikan yang kurang bermaksud mengubah diri anda juga! Semasa anda mengurangkan jumlah milikan anda, anda akan berasa kagum bagaimana iman anda, perasaan tujuan anda, dan kemurahan hati anda akan berlimpah-ruah.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/250883/the-minimalist-home-by-joshua-becker/

Pelan yang Berkaitan