Rumah MinimalisSampel
Bertujuan dan Praktikal
Sebagaimana anda harus memikirkan tujuan untuk rumah anda secara keseluruhannya, anda juga harus memikirkan tujuan untuk setiap bilik di dalam rumah anda. Semasa anda meminimumkan secara teratur, anda harus memikirkan tujuan bilik tersebut supaya anda boleh memutuskan sama ada barang yang terletak di dalamnya harus dikekalkan atau tidak. Bila-bila sesuatu barang di dalam bilik itu tidak memadani matlamat anda, barang itu harus dipertimbangkan untuk disingkirkan. Tujuan membawa kepada aspek praktikal.
Contohnya, anda mungkin memutuskan bahawa bilik tamu anda adalah terlalu formal. Ia bukanlah tempat yang selesa dan jarang digunakan. Mungkin anda ingin mula meminimumkan bilik tamu itu dengan menyingkirkan barang yang menjadikannya terlalu pengap.
Mungkin anda memiliki kerusi baring yang digemari di bilik keluarga. Duduklah di kerusi itu dan memandang sekeliling anda, menanya diri jika objek di dalam bilik itu menambah ketenangan bilik itu.
Mungkin anda perlu menyingkirkan beberapa mainan anak yang tidak lagi sesuai untuk umur anak supaya mereka mempunyai ruang yang lebih besar untuk bermain dengan mainan yang masih disukai.
Mungkin anda tidak suka jumlah masa yang dihabiskan oleh diri sendiri dan ahli keluarga anda pada peranti elektronik. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk menyingkirkan televisyen atau konsol permainan.
Memandangkan bilik tersebut ialah tempat yang digunakan oleh semua ahli keluarga, anda harus menanya pendapat mereka juga tentang barang yang ingin disimpan atau disingkirkan. Bercakaplah tentang strategi peminimuman anda untuk bilik tersebut bersama-sama. Singkirkan barang bersama-sama. Nikmati faedahnya bersama-sama. Ini ialah cara yang terbaik untuk menjadikan perubahan rupa rumah minimalisme sebagai projek keluarga, dengan penerimaan dan sokongan serta perayaan bersama-sama.
Jika anda hidup bersendirian, anda boleh menjemput kawan anda ke rumah anda dan mendapatkan pendapat mereka tentang barang yang harus disimpan atau disingkirkan, daripada perspektif seseorang yang kerap mengunjungi rumah anda. Ia akan suka menyuarakan pendapatnya. Selain itu, anda mungkin memerlukan bantuan untuk mengangkat perabot!
Bermula secara kecil-kecilan semasa meminimunkan rumah anda sebenarnya ialah sesuatu yang besar, asalkan anda menumpukan perhatian untuk menjadikan setiap bilik di dalam rumah anda bertujuan secara sistematik supaya anda boleh menggenapi tujuan Allah bagi anda.
Apakah langkah pertama yang anda akan ambil untuk meminimumkan sebuah bilik di dalam rumah anda sekarang ini?
Kitab
Perihal Pelan
Penulis Joshua Becker memerhatikan sesuatu yang indah berlaku apabila orang mengurangkan kuantiti milikan mereka—dalam proses itu, mereka turut berubah. Walaupun renungan ini berkenaan dengan mengurangkan milikan anda, anda akan menyedari bahawa memiliki milikan yang kurang bermaksud mengubah diri anda juga! Semasa anda mengurangkan jumlah milikan anda, anda akan berasa kagum bagaimana iman anda, perasaan tujuan anda, dan kemurahan hati anda akan berlimpah-ruah.
More