Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel
Kemenangan Ke Atas Dosa
Apabila Adam dan Hawa mengingkari Allah buat pertama kalinya dan memakan buah pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat di Taman Eden, dosa menjadi sebahagian daripada sifat manusia. Sejak itu, manusia dilahirkan terpisah secara semula jadi daripada Allah kerana dosa itu. Disebabkan Dia adalah sempurna, Allah tidak boleh berdekatan dengan dosa. Dalam Perjanjian Lama, umat Israel dikehendaki kerap mengorbankan seekor domba yang tidak ada cacat untuk menebus dosa - itu merupakan satu-satunya cara seseorang boleh menjadi benar di hadapan Allah.
Yesus sering disebut sebagai "Anak Domba Allah", kerana pengorbanan-Nya pada salib melitupi dosa manusia. Salah satu mukjizat salib adalah ia menterbalikkan kutukan dosa Adam dan Hawa: Sebagaimana satu tindakan berdosa memisahkan semua manusia daripada Allah, pengorbanan yang dibuat oleh seorang yang sempurna melitupi dosa semua orang dan membuka jalan perdamaian. Kita berpeluang berhubungan semula dengan Allah kerana Yesus telah memberikan diri-Nya bagi kita. Apabila Allah memandang kita, Dia tidak melihat dosa kita - Dia melihat kebenaran anak-Nya.
Semasa kita memasuki minggu Paskah ini, luangkan masa untuk merenungkan hadiah yang menakjubkan yang diberikan oleh Yesus kepada kita apabila Dia memberikan nyawa-Nya untuk melitupi dosa kita. Rasul Paulus memulakan Roma 6:23 dengan berkata, "Kematian adalah upah dosa." Pada dasarnya kita mati dalam keadaan kita yang tidak benar, ditakdirkan untuk perpisahan abadi daripada Allah. Walau bagaimanapun, Paulus meneruskan ayat itu dengan kebenaran penebusan yang terutama: "tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah." Oleh Yesus, hutang dosa kita telah dibayar, dan kita boleh menghabiskan keabadian dalam hadirat Allah!
Juga, memandangkan Yesus telah menyelimuti kita dengan kebenaran-Nya, kita bebas daripada kuasa dosa dalam kehidupan kita. Jangan biarkan diri anda diperhambakan oleh sifat berdosa anda yang lama. Yesus telah menang ke atas dosa, dan Dia berkongsi kemenangan itu dengan rela bersama anda! Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita. Berjalanlah dalam kebebasan itu!
Muat turun imej hari ini di sini.
Perihal Pelan
Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.
More