Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 2 DARIPADA 7

Kemenangan Ke Atas Rasa Bersalah 

Salah satu matlamat Iblis adalah membuat kita hidup dalam kegelapan rasa bersalah akan masa lalu kita. Iblis tahu walaupun kita percaya bahawa Yesus telah mati untuk dosa kita, tetapi masih memikul rasa bersalah akan dosa kita, kita tidak akan benar-benar menerima berkat dan kebebasan daripada pengampunan-Nya. Kita akan hidup dalam bayangan dosa kita yang paling teruk. Dalam Yohanes 9:5, Yesus menyebut diri-Nya sebagai cahaya bagi dunia. Namun, dalam Matius 5:14 dan 16, Yesus juga berkata, "Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan...Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga." Yesus tidak mungkin menghendaki kita untuk menjadi cahaya bagi kemuliaan-Nya jika Dia tidak menyediakan jalan keluar daripada kegelapan rasa bersalah.

Mazmur 103:10-12 memberitahu kita bahawa kasih Allah untuk kita adalah lebih besar daripada apa yang dapat kita bayangkan, dan bahawa Dia telah membuang jauh-jauh dosa kita sehinggakan kita tidak mungkin memahami sepenuhnya jaraknya. Apabila Yesus mati pada salib, Dia mengambil beban dosa untuk selama-lamanya daripada mereka yang percaya. Sekarang kita boleh menerima pengampunan-Nya dengan bebas, hidup tanpa rasa bersalah, dan rasa dialu-alukan serta diliputi hadirat Allah.

Apabila kita mendekati perayaan kebangkitan Yesus, marilah kita mengingati bahawa kematian-Nya bukan sahaja membeli pengampunan kita daripada dosa, malah membeli kuasa untuk membuang beban rasa bersalah. Hutang dosa anda, walaupun dosa terbesar anda, sudah dibayar oleh darah Yesus. Berjalanlah dalam kebebasan-Nya hari ini! 

Muat turun imej hari ini di sini

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

Pelan yang Berkaitan