Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 7 DARIPADA 7

Kemenangan Ke Atas Kematian 

Semasa Yesus mati untuk dosa kita dan membeli pengampunan kita, Dia menyelamatkan kita daripada pemisahan kekal daripada Allah. Dia menggantikan keadaan tanpa harapan kematian dengan harapan yang kukuh dalam masa depan yang kekal dalam hadirat Tuhan. Semasa Dia bangkit dari kubur, Yesus menunjukkan kemenangan muktamad ke atas kematian, membuktikan bahawa kuasa kematian tidak setanding dengan kuasa-Nya. Dalam Wahyu 1:18, Dia menyatakan, "Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian dan atas dunia orang mati."

Walaupun kematian adalah satu kenyataan yang sukar untuk kita dalam hidup ini, kerana kita mengalami keperitan kehilangan orang yang dekat kepada kita dan akhirnya bergumul dengan hakikat kita pun akan mati, sekarang ini kita boleh menambat pada kebenaran bahawa Yesus memegang kunci kematian, dan Dia telah membuka jalan bagi kita untuk melalui pintu yang berbeza ke dalam kehidupan kekal. Kematian di bumi bukanlah kesudahan cerita. Banyak lagi yang bakal terjadi! Yesus berjanji dalam Yohanes 11:25, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati."

Oleh sebab Yesus sudah menyelamatkan kita daripada ketetapan kematian, kita tidak perlu hidup dalam ketakutan. Kita bebas untuk menjalankan kehidupan yang berani dan berkelimpahan, mengetahui walau apa pun yang berlaku di dunia ini, kita akan hidup selama-lamanya dalam hadirat Allah dan dalam komuniti keluarga-Nya. Meskipun semasa kita bersedih kerana orang tersayang, kita bersedih dengan harapan, mengetahui bahawa jika mereka mempercayai Yesus, kita akan dipertemukan semula dan mengalami kemuliaan Allah bersama-sama.

Pada hari Ahad Paskah ini, biarkan implikasi kemenangan Yesus ke atas kematian menyelami hati anda dan mengalihkan perspektif anda daripada kerapuhan hidup kepada keselamatan kekal di syurga. Kematian benar-benar tidak bersengat! Raikan kemenangan-Nya, dipenuhi kesyukuran, dan bertumbuh dalam keyakinan anda bahawa semua orang di dunia ini memerlukan pengharapan syurga yang dimiliki anda. Itulah hati-Nya semasa Dia mati untuk dosa semua manusia: agar tiada seorang pun daripada kami akan menghabiskan keabadian terpisah daripada-Nya. Tidak ada cara yang lebih baik untuk menunjukkan kesyukuran anda terhadap apa yang telah dilakukan-Nya untuk anda daripada memberitahu dunia tentang kasih-Nya untuk mereka. Inilah caranya kita menggunakan kehidupan kita dengan sepenuhnya. Oleh itu, pergilah dan nikmati hidup dengan sepenuhnya - kerana Dia hidup! 

Muat turun imej hari ini di sini

Hari 6

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

Pelan yang Berkaitan