Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 3 DARIPADA 7

Kemenangan Ke Atas Perasaan Malu

Si musuh sangat suka bercakap. Firman Allah mengatakan bahawa Iblis merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa. Dalam Wahyu, iblis disebut sebagai pendakwa kita; kita diberitahu bahawa dia menuduh kita di hadapan Allah siang dan malam. Iblis licik, dan dia tahu bahawa cara yang terbaik untuk membunuh, mencuri, dan merosak potensi kita yang diberikan oleh Allah adalah dengan menghasilkan komentar tentang dosa kita yang mengurung kita dalam mentaliti ketidaklayakan yang berterusan. Dia mahu kita hidup dengan perasaan malu.

Rasa bersalah adalah tentang perkara yang telah kita lakukan, tetapi perasaan malu adalah tentang siapa kita. Banyak antara kita menerima bahawa Allah mengampunkan kesalahan kita tetapi masih membenarkan musuh untuk menuduh kita dan membuat kita teragak-agak dengan dusta mengenai siapa kita yang sebenarnya. Dusta ini melumpuhkan kita daripada menerima dan berjalan menurut tujuan Allah bagi kehidupan kita. Kita dipanggil untuk menggunakan kurnia dan bakat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk membawa perbezaan dalam dunia ini, tetapi jika kita tidak membebaskan diri daripada persaan malu dan ketidaklayakan, kita tidak mungkin melaksanakan sepenuhnya apa yang Dia cipta kita untuk lakukan.

Apabila Yesus menukar dosa kita dengan kebenaran-Nya pada salib, Dia membaharui kita. Siapa kita dahulu tidak mempengaruhi siapa kita sekarang. Kita adalah anak-anak Allah, diampunkan sepenuhnya, diliputi kasih karunia, diberi kuasa untuk melakukan pekerjaan besar untuk kemuliaan-Nya. Hal ini sahaja harus meyakinkan identiti kita. Suara perasaan malu yang bercanggahan dengan kebenaran itu adalah dusta.

Sepanjang minggu Paskah ini, ingatlah apa yang dikatakan oleh Allah tentang anda, anak-Nya, dan menawan setiap fikiran yang tidak sejajar dengan Firman-Nya. Yesus datang supaya kita mendapat hidup yang berkelimpahan. Buang perasaan malu, dan kejarlah penggenapan tujuan ilahi anda!

Muat turun imej hari ini di sini

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

Pelan yang Berkaitan