Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 5 DARIPADA 7

Kemenangan Ke Atas Penyakit

Firman Allah memberitahu kita bahawa kita disembuhkan kerana luka-luka-Nya. Apabila Yesus mati dan bangkit semula, Dia mengalahkan dosa, kematian, dan penyakit dalam semua bentuk untuk selama-lamanya. Ia adalah menakjubkan bahawa, melalui Dia, kita berkongsi dalam kemenangan ini! Walau bagaimanapun, apakah maksud kemenangan ke atas penyakit bagi kita semasa kita hidup dalam dunia yang berdosa ini?

Sepanjang Perjanjian Baru, kita melihat contoh penyembuhan luar biasa yang dilakukan oleh Yesus serta para rasul yang bertindak dalam kuasa nama-Nya. Semasa membaca kesaksian tentang penyembuhan, memanglah mudah untuk menganggap bahawa Allah akan menjawab doa kita tentang penyakit dalam cara tertentu: kebebasan segera daripada kesakitan, penyembuhan sepenuhnya daripada diagnosis penyakit yang tidak dapat diubati atau membawa maut, atau kemenangan lengkap ke atas kerisauan. Jadi, apakah yang kita lakukan apabila pengalaman kita tidak memenuhi jangkaan kita? Kita harus berjaga-jaga supaya tidak mengehadkan kedalaman luar biasa penyembuhan.

Rasul Paulus memberitahu kita dalam Roma 8:28 bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia. Itu tidak bermaksud segala sesuatu yang berlaku adalah baik - kemenangan Yesus ke atas dosa dan kematian tidak menghapuskan semua pencubaan dalam kehidupan kita di dunia ini. Sebenarnya, dalam Yohanes 16:33, Yesus berjanji bahawa kita akan mendapat susah di dunia ini, dan penyakit pastilah sebahagian daripada kesusahan yang akan kita alami. Walaupun Allah masih campur tangan banyak kali secara luar biasa, kita tidak semestinya dijaminkan penyembuhan lengkap di sebelah syurga ini. Namun, kita boleh yakin tentang kemenangan kekal yang dijamin oleh keselamatan kita. Kita akan menghabiskan keabadian dalam hadirat Allah, dipenuhi sukacita dan bebas sepenuhnya daripada penyakit, dosa, kematian, penderitaan, dan kerisauan.

Jangan berasa hampa dengan apa yang kelihatan seperti doa yang tidak dijawab atau hasil yang tidak memenuhi jangkaan anda. Allah memang mendengar doa anda, dan dalam segala hal, Dia mengendalikan segala sesuatu sehingga menghasilkan yang baik bagi anda dan kemuliaan-Nya. Semasa kita meneruskan musim Paskah ini, mintalah Allah untuk memberikan anda perspektif yang kekal. Apabila kita mengingati kenyataan syurga, kita berupaya berdoa dengan berani dan berjalan dengan yakin melalui setiap pencubaan dengan kesedaran walau apa pun hasilnya, kita menang.

Muat turun imej hari ini di sini

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

Pelan yang Berkaitan