Alkitab Itu HidupSampel
Alkitab Tidak Dapat Dibendung
Pada tahun 1500-an, Alkitab tidak wujud dalam kebanyakan bahasa. Hanya orang yang terpelajar atau kaya dapat mengkaji Alkitab dalam Bahasa Ibrani, Yunani, atau Latin.
Walau bagaimanapun, seorang sarjana bernama William Tyndale berasa yakin bahawa setiap orang patut mempunyai akses kepada Alkitab. Maka, ia mula menterjemahkannya ke dalam bahasanya: Bahasa Inggeris.
Banyak pihak berkuasa menentang gagasan itu dan beberapa kepercayaan Tyndale, jadi ia melarikan diri dari England dan menyusupkan Perjanjian Barunya ke negara asalnya. Selama sembilan tahun, Tyndale mengelak daripada ditangkap sementara menyambung penterjemahan Alkitab ke dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya, ia ditangkap, dihukum kerana bidat, dan dibakar hidup-hidup di pancang.
Namun, apabila Allah ialah sebahagian daripada sesuatu—tiada apa-apa yang dapat menghalang-Nya.
Pengorbanan Tyndale mencetuskan pergerakan bawah tanah yang menuntut perubahan. Hampir 100 tahun kemudian, perubahan terjadi. Alkitab King James tersedia dalam Bahasa Inggeris—satu versi yang menggunakan sebahagian besar daripada hasil kerja Tyndale semasa penerbitan pertamanya.
Lama-kelamaan, England diubah oleh Alkitab. Kebangkitan dan kesedaran berlaku, pergerakan mubaligh dilahirkan, dan organisasi yang dikhaskan untuk penterjemahan Alkitab dibentuk. Alkitab telah menghidupkan semula sebuah negeri—tetapi kebangkitan bermula apabila penterjemah Bahasa Inggeris awal mempercayai bahawa semua orang harus mempunyai akses kepada Firman Allah … lalu mengambil tindakan.
Bagaimanakah keberanian penterjemah Alkitab awal mengilhamkan anda?
Sekarang, renungkan pengalaman Tyndale, kemudian mintalah Allah untuk menjelaskan langkah yang anda perlu ambil untuk berkongsi Alkitab dengan orang di sekeliling anda. Barangkali anda harus menghantar ayat Alkitab kepada seseorang, atau menderma kepada projek penterjemahan Alkitab.
Walau apa pun, pertimbangkan betapa berbezanya kehidupan anda jika anda tidak mempunyai akses kepada Firman Allah, sesudah itu jadilah mangkin perubahan dalam hidup orang lain.
Perihal Pelan
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.
More