Alkitab Itu HidupSampel
Alkitab Membawa Harapan
Ghana* ialah orang Muslim yang salih sehingga ia mengalami kuasa Yesus yang mengubah hidup pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, selepas menukarkan agamanya kepada keKristianan, ia ditinggalkan, dijauhi, dan dipulaukan oleh komuniti dan keluarganya. Pada satu ketika, anaknya dirampas daripadanya dan dihantar ke negara yang lain.
Walaupun Ghana enggan menolak Yesus, ia mendapati dirinya tiada sistem sokongan yang kukuh untuk membantunya bertumbuh dalam imannya. Berasa sepi dan murung, ia berasa hendak membunuh diri. Akhirnya ia menemui seseorang yang memuat turun YouVersion pada telefonnya.
Pada mulanya Ghana tidak berminat, tetapi ia mula membaca Ayat Hari Ini pada waktu subuh supaya ia dapat merenungkan maksudnya dan menggunakannya sebagai pimpinan untuk hari itu. Lama-kelamaan, sesuatu yang tidak diduga berlaku…
"Ayat itu menjadi hidup dan diam dalam saya. Ayat itu mengajar saya cara berhubung dengan orang lain secara sihat, dan membantu saya pulih daripada kemurungan saya. Meskipun saya telah ditinggalkan, saya menemukan penghiburan bila-bila saya membacanya. Apabila saya membaca Ayat Hari Ini, dalam cara yang istimewa ia meriangkan hati saya dan memberikan saya harapan. Allah seolah-olah bercakap secara langsung kepada saya melalui ayat tersebut."
Kini, Ghana mencari peluang untuk berkongsi Ayat Hari Ini di mana jua ia berada. Ia menghantar ayat dalam talian untuk menggalakkan komunitinya, dan bercakap tentang Alkitab di tempat kerja dengan rakan sekerja serta kliennya.
Ceritanya merupakan satu contoh apa yang dapat dilakukan oleh Firman Allah dalam kita. Situasi mungkin berubah, emosi mungkin berubah-ubah, orang mungkin mengecewakan atau meninggalkan kita—tetapi Firman Allah kekal abadi. Apabila kita membenarkan Firman Allah untuk memasuki hati kita, ia akan kekal di sana.
Pada hari ini, mintalah Allah untuk menghidupkan Firman-Nya dalam anda dengan mengucapkan doa ini:
Allah, Engkau telah mencipta saya dan Engkau mengenal saya. Engkau berkuasa untuk mengubah hidup saya. Hari ini, saya meminta-Mu agar menyelaraskan hidup saya dengan Firman-Mu. Walau apa pun yang saya hadapi, berikan saya keberanian untuk tetap berpaut pada Firman-Mu supaya saya boleh mengkhabarkan kebenaran dan kasih-Mu kepada orang yang ditempatkan-Mu dalam hidup saya. Biarlah akar iman saya berakar umbi semasa saya mendekati-Mu. Dalam nama Yesus, Amin.
*Nama telah ditukar untuk melindungi identiti individu yang terlibat.
Perihal Pelan
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.
More