Alkitab Itu HidupSampel
Alkitab Mengubah Segala Sesuatu
Bayangkan segala sesuatu diliputi oleh kegelapan dan tidak berbentuk sehinggalah Allah berfirman, "Hendaklah ada cahaya." Dengan sekelip mata, segala sesuatu berubah. Cahaya menembusi kegelapan, dan apa yang tidak kelihatan sebelum ini dapat dilihat dengan jelas. Satu firman daripada Allah telah mengubah segala sesuatu … tetapi ia tidak berhenti dengan itu.
Allah sama yang telah mencipta alam semesta dengan satu nafas terus menghembuskan nafas baru ke dalam dunia ini melalui kuasa Firman-Nya. Firman Allah terus menembusi kegelapan. Firman Allah mengubah kehidupan dan memperbaharui hati yang remuk. Firman Allah hidup dan aktif kerana Dia hidup dan aktif. Kita mempunyai akses tetap kepada Firman-Nya.
Semakin banyak kita mengkaji Alkitab, semakin banyak kita mendapati bahawa Allah inginkan semua orang dalam dunia ini untuk mengalami hubungan pemulih peribadi yang aktif dengan-Nya.
Walau apa pun pencubaan atau kesukaran yang kita hadapi, Firman Allah akan terus disebarkan dan menembusi kegelapan. Kata-kata-Nya akan terus mengubah orang seperti Ghana, Sumu, orang Popoluca, Samuel Ajayi Crowther, dan William Tyndale. Firman-Nya berkuasa mengubah anda juga.
Berhenti sejenak dan berfikirlah tentang cerita anda. Bagaimanakah Allah telah mengubah anda? Dari segi apakah Allah menghidupkan Alkitab dalam hidup anda sekarang ini?
Raikan apa yang telah dilakukan oleh Allah dalam hidup anda setakat ini, dan renungkan apa yang sedang dilakukan-Nya di dunia di sekeliling anda.
Mulai dari sekarang, pilihlah untuk mengambil bahagian dalam cerita yang diceritakan oleh Allah. Ia ialah cerita yang bermula apabila Dia berfirman untuk menciptakan dunia, dan akan berterusan sehingga Yesus kembali lagi—sebuah cerita yang mengatasi sejarah dan mengubah dunia secara berterusan.
Perihal Pelan
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.
More