Alkitab Itu HidupSampel
Alkitab Mengubah Negara
Pada awal tahun 1800-an, seorang anak lelaki Nigeria yang berumur 12 tahun dan keluarganya ditangkap dari rumah mereka dan dipaksa ke atas kapal hamba Portugis menuju ke Amerika. Walau bagaimanapun, sebelum kapal itu meninggalkan pantai Afrika, ia diserbu oleh peronda anti-perhambaan dan pedagang haram tersebut ditangkap. Anak lelaki itu dan keluarganya dibebaskan dan dihantar ke Sierra Leone. Di sinilah ia mengalami kuasa Alkitab.
Selepas menganut agama Kristian, Samuel Ajayi Crowther mula mempelajari beberapa bahasa yang lain dan menyertai ekspedisi mubaligh ke negara yang berdekatan dengan Sierra Leone. Walau bagaimanapun, sepanjang masa ini, ia mengkaji Alkitab dalam Bahasa Inggeris kerana Alkitab tidak tersedia dalam Bahasa Yoruba—bahasa Nigerianya.
Ini bermaksud orang di Nigeria yang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris tidak dapat membaca Firman Allah. Maka, Ajayi membantu mewujudkan sistem tatabahasa bertulis untuk Bahasa Yoruba dan menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa itu.
Sesudah ia menyelesaikan kerja penterjemahan Alkitab Yoruba, ia terus menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Nigeria yang lain supaya lebih banyak orang boleh mengalami perubahan hidup yang dialaminya.
Kemudian, Crowther dipilih menjadi "Bisyop Niger" oleh gereja Anglikan, bisyop Anglikan orang kulit hitam yang pertama. Sekarang, Gereja Anglikan Nigeria ialah wilayah Anglikan yang kedua besarnya dengan lebih daripada 18 juta ahli yang telah dibaptis.
Allah sama yang bekerja melalui Crowther juga ingin bekerja melalui anda untuk memberikan kesan terhadap dunia ini melalui Firman-Nya. Terdapat orang yang menantikan transformasi oleh Alkitab yang dapat dijangkau dengan mudah oleh anda.
Pada hari ini, mintalah Allah untuk menyatakan peranan anda dalam cerita yang sedang diceritakan-Nya, dan lihatlah Dia melakukan lebih banyak lagi melalui hidup anda daripada apa yang dapat anda minta, fikirkan, atau bayangkan.
Perihal Pelan
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.
More